Dasar Privasi ClassFlow
Tarikh Kuat Kuasa: _______2020
Jaminan Privasi Data Pelajar ClassFlow Kami
Privasi maklumat pelajar yang dapat dikenal pasti secara peribadi sangat penting bagi kami. Kami berbesar hati kerana pelanggan kami memilih ClassFlow sebagai perkhidmatan pendidikan yang dipercayai dan kami akan berusaha untuk mematuhi standard privasi dan keselamatan data yang tinggi. Apabila kami mempunyai capaian kepada maklumat peribadi pelajar, kami mengikat janji terhadap prinsip privasi data berikut:
- Kami mengumpul, menyimpan, memproses dan berkongsi maklumat peribadi pelajar hanya untuk tujuan menyediakan Perkhidmatan kami atau sebagaimana yang dibenarkan oleh pihak sekolah atau ibu bapa.
- Kami hanya mengumpulkan seberapa banyak maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan kami.
- Kami akan mendedahkan dasar dan amalan data kami dengan jelas dan telus.
- Kami tidak berkongsi atau menjual maklumat peribadi pelajar kepada pihak ketiga bagi tujuan pemasaran.
- Kami tidak mendedahkan maklumat peribadi pelajar bagi tujuan penyasaran tingkah laku.
- Kami tidak menggunakan maklumat peribadi pelajar bagi tujuan penyasaran tingkah laku kecuali kepada ibu bapa dengan persetujuan mereka yang nyata dan jelas.
- Kami tidak akan membuat perubahan penting terhadap dasar privasi atau terma perkhidmatan kami yang berkaitan dengan pengumpulan atau penggunaan maklumat peribadi pelajar kami tanpa memberikan notis terlebih dahulu kepada pihak sekolah dan memberikan pilihan kepada pihak sekolah sebelum maklumat peribadi pelajar digunakan dengan cara yang banyak berbeza daripada yang didedahkan semasa maklumat peribadi pelajar dikumpulkan.
- Kami akan mengekalkan program keselamatan data komprehensif yang direka bentuk untuk melindungi jenis data pelajar yang dikumpulkan dalam ClassFlow.
- Kami akan memadamkan atau mengenyah pengenalpastian maklumat peribadi pelajar apabila ia tidak diperlukan lagi atau atas arahan atau permintaan pihak sekolah.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang amalan kami dan cara kami melindungi maklumat peribadi pelajar, sila semak Dasar Privasi ini serta Dasar Kuki, Terma Perkhidmatan kami dan Dasar Penggunaan yang Boleh Diterima secara teliti atau hubungi kami melalui privacy@ClassFlow.com dengan pertanyaan.
“ClassFlow” atau “Perkhidmatan” disediakan oleh Promethean Limited (“Promethean” atau “kami”). Kami merupakan syarikat berhad yang berdaftar di England dan Wales dengan pejabat berdaftar kami di Promethean Limited, Promethean House, Lower Philips Road, Whitebirk Industrial Estate, Blackburn, Lancashire, BB1 5TH, United Kingdom.
Apabila kami menggunakan perkataan “Perkhidmatan” dalam Dasar Privasi ini, maksud kami ialah (i) Perkhidmatan ClassFlow awam yang tersedia secara percuma di www.ClassFlow.com atau URL sedemikian lain yang ditentukan oleh tempat Pengguna atau bahasa penyemak imbas; (ii) Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah yang tersedia melalui langganan kepada pihak sekolah, daerah sekolah atau institusi sedemikian lain dan hanya boleh diakses melalui persediaan Subdomain ClassFlow yang unik dengan URL peribadi (cth., www.yourschooldistrictname.classflow.com) untuk digunakan secara eksklusif oleh pihak sekolah atau daerah tertentu; dan (iii) semua laman web, produk, perkhidmatan dan aplikasi berkaitan lain yang disediakan oleh Promethean (termasuk apa-apa Apps yang berkaitan dengan ClassFlow yang mungkin tersedia melalui App Store, gedung Google Play atau gedung aplikasi pihak ketiga yang lain).
Dasar Privasi ini bersama dengan Dasar Kuki ClassFlow, Terma Perkhidmatan ClassFlow dan Dasar Penggunaan ClassFlow yang Boleh Diterima yang disebut dalam Dasar Privasi ini membentuk Kontrak yang terikat secara sah antara anda dengan kami (dirujuk secara kolektif di sini sebagai “Kontrak”). Sila membacanya dengan teliti sebelum anda mula menggunakan Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda menunjukkan bahawa anda menerima Terma Perkhidmatan ClassFlow, Dasar Penggunaan yang Boleh Diterima, Dasar Kuki dan Dasar Privasi ini serta anda bersetuju untuk terikat dengan dan mematuhi semua terma. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan terma dan dasar ini, jangan gunakan Perkhidmatan tersebut. Mana-mana terma yang kami gunakan di sini tanpa ditakrifkan hendaklah mengikut takrifan yang diberikan dalam Terma Perkhidmatan. Sekiranya terdapat percanggahan antara Terma Perkhidmatan dengan Dasar Privasi, Terma Perkhidmatan hendaklah diutamakan.
“Anda” bermaksud Pengguna Perkhidmatan. “Pengguna Individu” sebagaimana yang digunakan dalam Terma ini mungkin merupakan guru (atau pentadbir), pelajar atau ibu bapa yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow percuma. Sekiranya berkenaan, “anda” juga bermaksud pihak sekolah atau daerah sekolah atau institusi pendidikan lain yang dikenali sebagai “Pengguna Perusahaan” yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah yang Pengguna dikaitkan sama ada sebagai pelajar, guru atau ibu bapa pelajar serta dibenarkan oleh Pengguna Perusahaan untuk menggunakan Perkhidmatan (“Pengguna yang Sah”). Istilah “Pengguna” sebagaimana yang digunakan di sini akan merujuk kepada semua pengguna Perkhidmatan: Pengguna Individu, Pengguna yang Sah dan Pengguna Perusahaan.
Kandungan:
- Apakah Tujuan Dasar Privasi ini?
- Apakah Maklumat yang Kami Kumpulkan?
- Bagaimanakah Promethean Berkongsi Maklumat dengan Orang Lain?
- Adakah Maklumat Mengenai Saya Selamat?
- Pengekalan dan Pemadaman Maklumat Peribadi
- Keutamaan Komunikasi
- Bolehkah Saya Mengakses, Membetulkan atau Memadamkan Maklumat Peribadi?
- Ke Manakah Data saya Pergi?
- Privasi Kanak-kanak
- Adakah Promethean Akan Mengubah Dasar Privasi ini?
- Bagaimanakah jika saya mempunyai Pertanyaan Tentang Dasar Privasi ini atau Aduan?
Apakah Tujuan Dasar Privasi ini?
Promethean menghormati privasi anda dan komited untuk melindunginya menerusi pematuhan kami terhadap dasar ini. Dasar Privasi ClassFlow ini (bersama dengan Dasar Kuki ClassFlow, Terma Perkhidmatan ClassFlow dan Dasar Penggunaan ClassFlow yang Boleh Diterima kami serta apa-apa dokumen lain yang disebut di sini) menjelaskan cara Promethean mengumpulkan, menyimpan, menggunakan dan mendedahkan apa-apa Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda melalui penggunaan Perkhidmatan ClassFlow anda.
“Maklumat Peribadi” sebagaimana yang digunakan dalam Dasar Privasi ini bermaksud apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti individu tertentu secara peribadi.
Dasar ini tidak digunakan pada laman web pihak ketiga atau amalan syarikat yang tidak dimiliki atau di bawah kawalan Promethean atau aplikasi yang kami berikan pautan daripada Perkhidmatan kami. Anda haruslah sentiasa membaca dasar privasi mana-mana laman web pihak ketiga sebelum menggunakannya.
- Apakah Maklumat yang Kami Kumpulkan?
2.1 Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan bergantung pada sama ada anda seorang guru, pelajar atau ibu bapa.
- Maklumat mengenai Sekolah, Guru dan Pentadbir:
Kami meminta maklumat tertentu apabila Guru atau Pentadbir Sekolah mendaftar untuk akaun ClassFlow atau menghubungi kami dalam talian, termasuk nama pertama dan nama keluarga, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan serta apa-apa maklumat tambahan yang anda berikan secara sukarela dalam profil ClassFlow anda, yang mungkin termasuk, tetapi tidak terhad kepada, gabungan dan lokasi sekolah anda, tahap tingkatan dan mata pelajaran yang anda ajarkan, jawatan anda di dalam sekolah serta jenis peranti yang digunakan oleh pelajar anda (secara kolektif, “Data Sekolah“). Kami juga mungkin mengumpulkan Data Sekolah jika pihak sekolah menghantar mesej kepada kami, seorang guru menyiarkan kandungan atau Sumber ke laman web kami atau melalui Perkhidmatan kami atau membalas e-mel dan tinjauan. Kami menggunakan maklumat ini untuk mengendalikan, mengekalkan dan menyediakan ciri dan fungsi Perkhidmatan, menganalisis dan memperbaik penawaran dan fungsi Perkhidmatan kami serta berkomunikasi dengan pihak Sekolah dan pengguna kami.
- Maklumat mengenai Pelajar:
Promethean memberikan Perkhidmatan kepada pihak sekolah dan guru untuk memperbaik pengajaran di bilik darjah dan hasil pembelajaran pelajar. Melalui penyediaan Perkhidmatan ini kepada pihak Sekolah, kami boleh mengumpulkan atau mempunyai akses kepada Maklumat Peribadi mengenai pelajar (“Data Pelajar“). Hanya pelajar yang telah diberikan kod kelas oleh pihak Sekolah atau Guru boleh mendaftar sebagai “Pelajar” untuk akaun ClassFlow dan menggunakan Perkhidmatan. Setelah mendaftar, kami akan mengumpulkan Maklumat Peribadi daripada pelajar. Jenis maklumat yang kami kumpulkan akan bergantung pada cara guru, pihak sekolah atau daerah menggunakan Perkhidmatan, tetapi ia boleh termasuk nama pertama dan nama keluarga pelajar, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan, data penilaian, data tugasan serta kandungan bilik darjah yang lain. Kami menganggap Data Pelajar sebagai sangat sulit dan menggunakan data ini semata-mata untuk memberikan Perkhidmatan kami kepada pihak Sekolah atau atas nama Sekolah, dan dengan cara yang terhad, untuk tujuan dalaman yang mematuhi Terma Perkhidmatan ClassFlow atau perjanjian khusus kami dengan pihak Sekolah. Pengumpulan, penggunaan dan pendedahan Data Pelajar kami ditadbir oleh perjanjian kami dengan pihak Sekolah di A.S. oleh peruntukan Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (FERPA) dan undang-undang negeri yang berkenaan serta undang-undang negeri, persekutuan dan antarabangsa lain yang berkenaan. Undang-undang atau mana-mana perjanjian yang berkenaan dengan pihak Sekolah akan diutamakan dan akan mentadbir jika dan dalam keadaan terdapat apa-apa konflik antara mana-mana undang-undang berkenaan atau peruntukan mana-mana perjanjian dengan pihak Sekolah dan Dasar Privasi ini. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai pengumpulan dan penggunaan Data Pelajar kami, sila hubungi kami melalui privacy@ClassFlow.com. Sekiranya anda mempunyai apa-apa pertanyaan mengenai penyemakan, pengubahsuaian atau pemadaman Maklumat Peribadi pelajar, sila hubungi institusi pendidikan anda secara langsung.
Lihat “Cara Promethean Berkongsi Maklumat Dengan Orang Lain” di bawah untuk maklumat lebih lanjut tentang cara terhad kami berkongsi Data Sekolah dan Data Pelajar. Lihat “Privasi Kanak-kanak” di bawah untuk maklumat lebih lanjut tentang cara kami mengumpulkan dan menggunakan maklumat peribadi kanak-kanak.
- Maklumat mengenai Ibu bapa dan Penjaga:
Sekiranya kami menyediakan apa-apa akaun Ibu Bapa atau Penjaga dalam ClassFlow atau kami mendayakan Ibu bapa atau Penjaga untuk mengaitkan atau memautkan diri mereka dengan akaun ClassFlow anak mereka, kami akan meminta Maklumat tertentu untuk disertakan tetapi tidak terhad kepada nama pertama dan nama keluarga, alamat e-mel, nama pengguna dan kata laluan serta apa-apa maklumat tambahan yang diberikan oleh ibu bapa atau penjaga secara sukarela, yang boleh termasuk, tetapi tidak terhad kepada nama dan lokasi sekolah anak anda dan hubungan anda dengan anak (ibu bapa, datuk atau nenek, penjaga dan sebagainya). Kami menggunakan maklumat ini untuk mengendalikan, mengekalkan dan menyediakan ciri dan fungsi Perkhidmatan, menganalisis dan memperbaik penawaran dan fungsi Perkhidmatan kami serta berkomunikasi dengan anda.
2.2 Maklumat yang Dikumpulkan Melalui Teknologi:
Kami mengumpulkan jenis maklumat penggunaan tertentu secara automatik apabila anda melawati laman web kami atau menggunakan Perkhidmatan kami. Semasa anda melawati Perkhidmatan, kami mungkin menghantar satu atau lebih kuki (peranti penjejakan) ke komputer anda yang mengenal pasti penyemak imbas anda secara unik dan membolehkan kami membantu anda untuk mendaftar masuk dengan lebih cepat serta mempertingkatkan fungsi dan navigasi anda melalui laman web. Kuki juga boleh menyampaikan maklumat kepada kami mengenai cara anda menggunakan Perkhidmatan (cth., halaman yang anda lihat, pautan yang anda klik dan tindakan lain yang anda ambil pada Perkhidmatan). Kami mungkin mengumpulkan maklumat fail log daripada penyemak imbas atau peranti mudah alih anda setiap kali anda mengakses Perkhidmatan. Maklumat fail log mungkin termasuk maklumat tanpa nama seperti permintaan web anda, alamat Protokol Internet (“IP”), jenis penyemak imbas, bahasa penyemak imbas, maklumat mengenai peranti mudah alih anda, halaman dan URL rujukan / keluar, jumlah klik serta cara anda berinteraksi dengan pautan pada Perkhidmatan, nama domain, halaman pendaratan, halaman yang dilihat dan maklumat sedemikian yang lain. Kami mungkin menggunakan GIF yang jelas (juga dikenali sebagai penanda web) yang digunakan untuk menjejak corak penggunaan dalam talian Pengguna kami tanpa menyatakan nama. Di samping itu, kami juga mungkin menggunakan GIF yang jelas dalam e-mel berasaskan HTML yang dihantar kepada pengguna bukan pelajar kami untuk menjejak e-mel yang dibuka dan pautan yang diklik oleh penerima. Maklumat tersebut membolehkan pelaporan dan penambahbaikan Perkhidmatan yang lebih tepat. Kami juga mungkin mengumpulkan data analisis atau menggunakan alat analisis pihak ketiga untuk membantu kami mengukur trafik dan trend penggunaan bagi Perkhidmatan. Walaupun kami melakukan yang terbaik untuk menghormati keutamaan privasi pelawat kami, kami tidak dapat bertindak balas terhadap isyarat Jangan Jejak daripada penyemak imbas anda buat masa ini. Untuk betul-betul memahami kuki yang digunakan dalam Perkhidmatan ClassFlow percuma kami dan kuki yang digunakan dalam Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah, anda boleh menyemak Dasar Kuki ClassFlow kami.
Apabila anda mengakses Perkhidmatan kami dengan atau melalui peranti mudah alih, kami mungkin menerima atau mengumpulkan dan menyimpan maklumat mengenai peranti mudah alih anda seperti pembawa mudah alih, jenis peranti, model dan pengeluar anda, jenama dan model sistem pengendalian peranti mudah alih serta data lokasi geografi anda pada peringkat bandar, negeri atau negara bergantung pada tetapan peranti mudah alih anda. Kami menerima maklumat ini secara agregat supaya kami dapat memantau trend dan statistik penggunaan yang luas.
Kami menggunakan atau mungkin menggunakan data yang dikumpulkan melalui kuki, fail log, pengecam peranti, data lokasi dan maklumat GIF yang jelas untuk: (a) mengingati maklumat supaya anda tidak perlu memasukkannya semula semasa lawatan anda atau kali seterusnya anda melawati laman web; (b) memberikan kandungan dan maklumat tersuai yang diperibadikan, termasuk kandungan tersasar yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami; (c) menyediakan dan memantau keberkesanan Perkhidmatan kami; (d) memantau metrik agregat seperti jumlah pelawat, trafik, penggunaan dan corak demografi di laman web dan Perkhidmatan kami; (e) mendiagnosis atau membaiki masalah teknologi; (f) menyiasat penipuan atau penyalahgunaan Perkhidmatan serta (g) dalam apa cara sekalipun untuk merancang dan mempertingkatkan Perkhidmatan kami. Kami tidak membenarkan rangkaian pengiklanan pihak ketiga untuk mengumpulkan maklumat mengenai Pelajar, Guru atau Ibu Bapa yang telah log masuk ke Perkhidmatan kami.
- Bagaimanakah Promethean Berkongsi Maklumat dengan Orang Lain?
Kami berkongsi data dalam Perkhidmatan sebagaimana yang diperlukan untuk melaksanakan Perkhidmatan. Sebagai contoh, Data Pelajar dan Data Sekolah akan dikongsi dengan guru, pentadbir sekolah dan ibu bapa yang dibenarkan untuk menerima Data Pelajar bagi tujuan pendidikan. Perkongsian dalam Perkhidmatan akan bergantung pada tetapan dan fungsi yang dipilih oleh pihak sekolah atau guru. Promethean hanya berkongsi Maklumat Peribadi dengan pihak ketiga dalam keadaan terhad seperti yang dinyatakan di bawah. KAMI SAMA SEKALI TIDAK BERKONGSI ATAU MENJUAL DATA PELAJAR KEPADA PIHAK KETIGA UNTUK TUJUAN PEMASARAN ATAU PENGIKLANAN. Kami sama sekali tidak berkongsi atau menjual Maklumat Peribadi mengenai guru, pentadbir atau ibu bapa kepada pihak ketiga untuk tujuan pemasaran atau pengiklanan melainkan anda memberikan persetujuan anda untuk berbuat demikian.
- Sekiranya anda seorang guru atau pentadbir dan anda memilih untuk memuat naik Sumber ke Pasaran ClassFlow (sama ada dengan bayaran atau secara percuma), profil akan dicipta secara automatik untuk anda. Semua maklumat yang anda masukkan ke dalam profil anda akan tersedia secara umum kepada guru lain yang merupakan pemegang akaun ClassFlow dan kepada sesiapa sahaja yang menemui Sumber anda dalam carian luar talian Pasaran atau dalam carian melalui enjin carian seperti Bing atau Google. Anda dikehendaki mengisi medan untuk nama pertama dan nama keluarga dalam profil, tetapi anda boleh menggunakan nama samaran dan bukan nama pertama dan nama keluarga anda yang sebenar jika anda tidak mahu nama sebenar anda dikaitkan secara terbuka dengan profil anda. Anda juga akan mempunyai pilihan untuk menyertakan maklumat lain mengenai diri anda dengan melengkapkan medan pilihan lain dalam halaman profil. Maklumat ini juga akan tersedia secara terbuka bersama dengan profil anda. Jangan isi medan pilihan jika anda tidak mahu maklumat tersebut tersedia secara terbuka. Lihat Terma dan Syarat Pasaran ClassFlow.
- Kami mungkin mendedahkan Maklumat Peribadi anda sebagaimana yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang atau apabila kami percaya bahawa pendedahan itu diperlukan untuk mematuhi prosiding kehakiman, perintah mahkamah atau proses undang-undang yang disampaikan kepada kami; untuk menguatkuasakan atau menggunakan Terma Perkhidmatan, Dasar Penggunaan yang Boleh Diterima atau perjanjian kami yang lain (termasuk untuk mendedahkan Maklumat Peribadi kepada penguatkuasaan undang-undang, pihak sekolah atau majikan anda); atau melindungi hak, harta benda atau keselamatan Promethean, pekerja kami, Pengguna kami atau orang lain.
- Sekiranya Promethean atau sebahagian atau semua asetnya diperoleh atau dipindahkan atau dalam keadaan berkemungkinan rendah bahawa Promethean diberhentikan perniagaan atau muflis, maklumat pengguna termasuk Maklumat Peribadi boleh dipindahkan kepada atau diperoleh oleh pihak ketiga tetapi hanya kepada pihak ketiga yang tertakluk pada pematuhan yang sama untuk Maklumat Peribadi yang dikumpulkan sebelum ini seperti Promethean di bawah Dasar Privasi ini. Dalam kes sedemikian, kami akan memberi anda notis dan peluang untuk memilih keluar daripada pemindahan Data Pelajar dengan menamatkan akaun anda.
- Kami mungkin berkongsi Maklumat Peribadi dengan syarikat dan individu pihak ketiga tertentu yang dipercayai untuk melaksanakan tugas bagi pihak kami, hanya semata-mata untuk tujuan melaksanakan tugas mereka bagi kami, misalnya, membantu kami menyediakan Perkhidmatan, mempertingkatkan Perkhidmatan, meningkatkan fungsi dan kemesraan pengguna Perkhidmatan serta memperbaik pengalaman anda semasa menggunakan Perkhidmatan. Sebagai contoh, kami menggunakan Perkhidmatan Web Amazon untuk mengehos Perkhidmatan pada pelayan mereka yang disediakan, tetapi Perkhidmatan Web Amazon tidak mempunyai akses kepada data peribadi pengguna ClassFlow.
Melainkan kami memberitahu anda perkara yang berbeza, mana-mana syarikat pihak ketiga yang dipercayai yang mungkin bekerjasama dengan kami untuk mendayakan kami memberi anda Perkhidmatan ClassFlow tidak dan tidak akan mempunyai apa-apa hak untuk menggunakan Maklumat Peribadi anda melebihi apa-apa yang diperlukan untuk membantu kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik mungkin kepada anda.
- Kami juga mungkin berkongsi maklumat dengan orang lain dalam bentuk agregat dan tanpa nama yang tidak dapat mengenal pasti anda secara langsung sebagai individu secara munasabah. Sebagai contoh, kami memberikan analisis dan maklumat penggunaan melalui Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah kami, seperti memberikan laporan kepada pihak Sekolah untuk tujuan menentukan kekerapan Pengguna menggunakan atau tidak menggunakan Perkhidmatan, ciri yang paling banyak atau paling kurang digunakan oleh pengguna serta sumber yang diakses oleh Pengguna, semuanya untuk tujuan memperbaik Perkhidmatan, meningkatkan fungsi dan kemesraan pengguna Perkhidmatan serta memperbaik pengalaman keseluruhan pihak Sekolah dan Pengguna semasa menggunakan Perkhidmatan.
- Cara Data Pelajar dikongsi:Sebagai tambahan kepada tindakan yang dijelaskan di atas, Promethean mungkin mempermudah perkongsian Data Pelajar dengan pihak ketiga melalui Perkhidmatan, walaupun hanya semasa diarahkan dan dibenarkan untuk berbuat demikian bagi pihak Sekolah. Sebagai contoh, sesetengah elemen Perkhidmatan kami mendayakan pihak Sekolah untuk berinteraksi dengan ibu bapa, pelajar, pentadbir dan guru lain demi kepentingan pendidikan pelajar. Promethean tidak mempermudah perkongsian mana-mana Data Pelajar dengan pihak ketiga pada atau melalui Perkhidmatan melainkan bagi pihak Sekolah setelah pihak Sekolah membenarkan perkongsian data tersebut.
- Adakah Maklumat Mengenai Saya Selamat?
Keselamatan data adalah sangat penting bagi Promethean. Promethean mengekalkan prosedur pentadbiran, teknikal dan fizikal yang ketat untuk melindungi maklumat yang disimpan dalam pelayan kami. Akses kepada maklumat adalah terhad (melalui kelayakan pengguna/kata laluan dan pengesahan dua faktor) kepada pekerja yang memerlukannya untuk menjalankan fungsi pekerjaan mereka. Kami menggunakan penyulitan SSL (teknologi lapisan soket selamat) standard industri untuk memindahkan Maklumat Peribadi. Perlindungan keselamatan yang lain termasuk tetapi tidak terhad kepada penyulitan data, tembok api dan kawalan akses fizikal terhadap bangunan dan fail. Anda boleh membantu untuk melindunginya daripada akses yang tidak sah kepada akaun dan Maklumat Peribadi anda dengan memilih dan melindungi kata laluan anda sewajarnya serta mengehadkan akses kepada komputer dan penyemak imbas anda dengan mendaftar keluar setelah anda selesai mengakses akaun anda.
Perkhidmatan mungkin mengandungi pautan ke laman web lain. Sekiranya anda mengklik pautan tersebut, anda akan meninggalkan Perkhidmatan ClassFlow dan Dasar Privasi ini tidak akan mentadbir lagi. Kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar privasi dan/atau amalan dalam laman web lain (tetapi anda harus membaca dasar privasi pihak ketiga tersebut untuk memastikan anda memahaminya sebelum anda memutuskan untuk menyemak imbas laman web lain tersebut). Dasar Privasi ini hanya mentadbir maklumat yang dikumpulkan oleh Promethean melalui Perkhidmatan.
- Pengekalan dan Pemadaman Maklumat Peribadi:
- Kami akan mengekalkan maklumat anda selama akaun anda aktif atau sebagaimana yang diperlukan untuk memberi anda Perkhidmatan atau seperti yang dijelaskan di bawah. Sekiranya anda ingin membatalkan akaun anda, sila hubungi kami melalui privacy@ClassFlow.com.
- Sekiranya anda ialah Pengguna Perusahaan, semasa tempoh langganan ClassFlow untuk Sekolah anda, kami akan mengekalkan atau memusnahkan apa-apa Maklumat Peribadi yang disimpan dalam akaun ClassFlow untuk Sekolah anda menurut dasar atau arahan khusus pihak Sekolah yang berkaitan dengan pengekalan dan pemusnahan Data Sekolah dengan pengecualian bahawa kami boleh mengekalkan dan menggunakan Maklumat Peribadi tertentu sebagaimana yang diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami.
- Sekiranya anda menyumbang kepada Pasaran ClassFlow, anda dikehendaki mencipta profil. Apabila anda menutup akaun ClassFlow anda, profil anda akan kekal dapat dilihat oleh orang awam dalam Pasaran ClassFlow melainkan anda mengalih keluar Sumber anda daripada Pasaran sebelum menutup akaun anda. Sekiranya anda tidak mahu maklumat peribadi dalam profil anda kekal kelihatan, anda harus mengalih keluar maklumat pilihan dalam profil anda dan menggantikan nama pertama dan nama keluarga anda yang sebenar dengan nama samaran sebelum menutup akaun anda.
- Data Pelajar. Promethean akan memadamkan atau mengenyah pengenalpastian Data Pelajar dengan segera atas permintaan atau arahan oleh pihak Sekolah atau Guru dalam masa tiga puluh (30) hari daripada permintaan atau arahan sedemikian. Sila hubungi kami melalui privacy@ClassFlow.comuntuk meminta pemadaman akaun. Kami akan mengekalkan, memadamkan atau mengenyah pengenalpastian Data Pelajar berdasarkan dasar kami di bawah:
(i) Akaun ClassFlow untuk Sekolah. Setelah tamat tempoh atau penamatan langganan ClassFlow untuk Sekolah bagi Sekolah, semua data, termasuk Data Pelajar, dalam Subdomain ClassFlow Sekolah yang unik akan dikekalkan oleh Promethean untuk tempoh masa selama sembilan puluh (90) hari, iaitu pada masa itu, pihak Sekolah akan mempunyai akses kepada Subdomain ClassFlow bagi tujuan mengakses Data Pelajar dan Data Sekolah dan/atau mengembalikan akaun Sekolah. Melainkan tertakluk pada terma khusus dalam perjanjian kami dengan pihak Sekolah, semua data dalam Subdomain ClassFlow sekolah yang unik, termasuk Data Pelajar, akan dinyah pengenalpastian sehingga ia tidak dapat dipulihkan atau dimusnahkan secara kekal dalam masa sembilan puluh (90) hari setelah penamatan atau tamat tempoh langganan atau lebih awal atas permintaan pihak Sekolah. Bagi tujuan analisis atau reka bentuk atau perkembangan produk lain, kami mungkin mengekalkan Data Pelajar tanpa nama atau secara agregat, termasuk data penggunaan dalam bentuk yang tidak mengenal pasti individu tertentu.
(ii) Akaun ClassFlow Percuma. Guru individu yang menyediakan senarai kelas menggunakan akaun ClassFlow percuma mereka bertanggungjawab untuk memadamkan kelas tersebut daripada akaun ClassFlow mereka sebaik sahaja kelas tamat. Apabila kelas dipadamkan, kod kelas untuk kelas akan dinyahdayakan dan Pelajar tidak akan dapat log masuk ke dalam Perkhidmatan menggunakan kod kelas tersebut. Sekiranya Pelajar tidak dikaitkan dengan senarai kelas yang lain, akaun Pelajar akan dinyahdayakan. Apabila guru individu menamatkan akaun ClassFlow percumanya, semua akaun Pelajar yang diwujudkan atas arahan guru itu juga akan dinyahdayakan melainkan Pelajar sedang menggunakan akaun yang sama atas arahan guru lain yang mengekalkan akaun ClassFlow semasa. Promethean juga akan menyahdayakan akaun Pelajar yang diwujudkan dalam Perkhidmatan ClassFlow percuma sekiranya pelajar tersebut tidak log masuk ke dalam akaun lebih daripada dua belas (12) bulan. Semua Data Pelajar dalam setiap akaun yang dinyahdayakan akan dinyah pengenalpastian supaya Data Pelajar dalam setiap akaun yang dinyahdayakan sedemikian tidak dapat dipulihkan secara kekal. Setelah akaun pelajar dinyah pengenalpastian, pelajar boleh mencipta akaun baharu pada masa depan hanya jika pelajar mencipta akaun ClassFlow baharu dan memasukkan kod kelas sah yang diberikan oleh guru. Maklumat yang dikaitkan dengan bekas akaun pelajar yang telah dinyah pengenalpastian tidak dapat dipulihkan atau disediakan kepada pelajar melalui apa-apa akaun pelajar baharu. Kami mungkin mengekalkan Data Pelajar tanpa nama atau secara agregat, termasuk data penggunaan dalam bentuk yang tidak mengenal pasti individu tertentu untuk tujuan analisis.
Sekiranya anda seorang guru yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow percuma dan anda ingin membatalkan akaun anda, anda mesti menghubungi kami melalui privacy@ClassFlow.com. Setelah akaun ditutup, Guru tidak akan lagi dapat mengakses mana-mana bahan yang disimpan dalam akaun. Namun, kami mungkin mengekalkan dan menggunakan Maklumat Peribadi anda sebagaimana yang diperlukan untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami, menyelesaikan pertikaian dan menguatkuasakan perjanjian kami serta untuk berkomunikasi dengan anda. Kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengenyah pengenalpastian atau memusnahkan maklumat sedemikian dengan selamat apabila ia tidak diperlukan lagi untuk keperluan tersebut.
- Keutamaan Komunikasi.
Sebagai sebahagian daripada Perkhidmatan, jika anda seorang guru/pentadbir atau ibu bapa, anda mungkin menerima e-mel atau jenis komunikasi lain yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan atau profil pengguna anda daripada Promethean. Anda mengakui dan bersetuju bahawa dengan menggunakan Perkhidmatan, Promethean dan syarikat pihak ketiga yang dipercayai bagi pihak Promethean boleh menghantar e-mel kepada anda, menghubungi anda atau terlibat dalam komunikasi lain yang kami tentukan bahawa ia berkaitan dengan profil atau penggunaan Perkhidmatan anda. Sebagai contoh, kami mungkin menghantar e-mel kepada anda untuk menghantar kemaskinian, surat berita atau berita lain mengenai Perkhidmatan atau semata-mata untuk menghantar pemberitahuan kepada anda. Anda akan sentiasa mempunyai pilihan untuk menyahlanggan daripada menerima e-mel ini dengan mengklik butang “nyahlanggan” dalam kandungan e-mel. Harap maklum bahawa anda tidak diizinkan untuk menyahlanggan atau memilih untuk tidak menerima mesej bukan promosi mengenai akaun anda, seperti pengesahan akaun, perubahan atau kemaskinian terhadap ciri Perkhidmatan atau notis teknikal dan keselamatan.
Komunikasi dengan Pelajar. Promethean boleh menghantar pemberitahuan e-mel atau berkomunikasi dengan pelajar hanya bagi pihak dan atas arahan pihak sekolah, guru atau daerah. Dalam keadaan terhad, kami juga mungkin menghantar mesej berkaitan dengan Perkhidmatan tertentu kepada pelajar, seperti pengesahan akaun atau notis teknikal dan keselamatan.
- Bolehkah Saya Mengakses, Mengemas Kini, Membetulkan atau Memadamkan Maklumat Peribadi?
Anda boleh mengakses, membetulkan, mengemas kini atau memadamkan Maklumat Peribadi anda dalam profil anda dengan membuat perubahan pada halaman profil akaun anda. Sekiranya anda menghadapi apa-apa masalah semasa membetulkan, mengemas kini atau memadamkan apa-apa Maklumat Peribadi dalam profil anda, sila hubungi kami melalui privacy@ClassFlow.com.
Harap maklum bahawa tindakan meminta untuk mengalih keluar atau tidak memberikan maklumat tertentu boleh mengakibatkan anda tidak menerima pemberitahuan tentang kemaskinian kepada Perkhidmatan atau maklumat berharga lain mengenai penggunaan Perkhidmatan anda. Kegagalan untuk memberikan maklumat yang diminta oleh Promethean atau mengalih keluar maklumat tertentu mungkin bermaksud bahawa anda tidak dapat mengakses ciri Perkhidmatan yang relevan dan mungkin mengakibatkan anda sama sekali tidak dapat menggunakan Perkhidmatan.
Sekiranya anda sedang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah yang bersepadu dengan SIS sekolah, apa-apa permintaan untuk mengakses atau membuat perubahan atau memadamkan Maklumat Peribadi termasuk Data Pelajar mesti dibuat oleh pihak Sekolah dalam SIS. Setelah perubahan dibuat dalam SIS, perubahan akan muncul secara automatik dalam Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah.
Sekiranya anda sedang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah dan pihak Sekolah tidak menyepadukan SISnya dengan Perkhidmatan, apa-apa permintaan untuk mengakses, membuat perubahan atau memadamkan Maklumat Peribadi termasuk Data Pelajar mesti dibuat oleh Pentadbir Pengguna yang ditentukan oleh pihak Sekolah. Pentadbir Pengguna akan diberi akses kepada halaman profil Pengguna yang Sah Sekolah untuk mengemas kini, membetulkan atau memadamkan maklumat yang terkandung di dalamnya.
Harap maklum juga bahawa kami telah mengikat perjanjian dengan pihak Sekolah tertentu yang mengkehendaki kami mengarahkan apa-apa permintaan terhadap apa-apa perubahan, pengemaskinian atau pemadaman Maklumat Peribadi yang terkandung dalam akaun yang bergabung dengan Sekolah kepada pihak Sekolah untuk tindakan. Oleh itu, dalam keadaan tertentu, kami mungkin diminta untuk mengarahkan anda supaya menghubungi Sekolah anda untuk meminta pihak sekolah anda mengarahkan kami supaya mengubah, mengemas kini atau memadamkan Maklumat Peribadi dalam akaun ClassFlow anda.
Sekiranya anda seorang guru individu yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow percuma, apa-apa senarai kelas yang anda cipta yang mengandungi Data Pelajar mesti dipadamkan daripada akaun ClassFlow anda setelah kelas tersebut tamat. Data Pelajar yang dikaitkan dengan akaun Guru dalam Perkhidmatan ClassFlow percuma dikawal oleh guru atau pihak sekolah. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang penyemakan, pengubahsuaian atau pemadaman Data Pelajar daripada akaun guru, sila hubungi guru atau pihak sekolah secara langsung atau anda boleh menghubungi Promethean melalui privacy@ClassFlow.com.
Pengguna EU: Mengakses, Membetulkan dan Memadamkan Maklumat Peribadi anda: Sekiranya anda ialah penduduk EU, anda mempunyai hak tertentu yang berkaitan dengan Maklumat Peribadi anda: (i) hak untuk dimaklumkan tentang cara Maklumat Peribadi anda digunakan; (ii) hak untuk mengakses Maklumat Peribadi yang kami pegang mengenai anda; dan (iii) hak untuk meminta pembetulan Maklumat Peribadi yang tidak tepat yang kami pegang mengenai anda serta untuk meminta penyekatan atau pemadaman Maklumat Peribadi anda apabila pemprosesan tidak mematuhi undang-undang perlindungan data tempatan. Untuk melaksanakan mana-mana hak di atas atau jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan yang berkaitan dengan hak anda, sila hubungi kami dengan menggunakan butiran yang dinyatakan dalam bahagian “Menghubungi Kami” di bawah. Sila berikan sebanyak mungkin maklumat mengenai Maklumat Peribadi yang anda tanyakan. Kami akan membalas permintaan anda dalam masa tiga puluh (30) hari (atau kurang, jika dikehendaki oleh undang-undang). Sekiranya anda meminta kami untuk membetulkan, mengemas kini, memadamkan atau mengubah Maklumat Peribadi yang kami pegang mengenai anda, kami akan berbuat demikian jika kami berpuas hati bahawa tindakan ini diperlukan. Sekiranya kami memutuskan untuk tidak mengubah Maklumat Peribadi anda dengan cara yang anda minta, kami akan menasihati anda secara bertulis mengenai perkara ini dan cara anda boleh membuat aduan sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan kami. Sekiranya anda meminta perubahan pada Maklumat Peribadi anda dan kami tidak membuat perubahan tersebut, anda boleh meminta kami untuk mencatatkannya pada rekod kami bahawa permintaan anda untuk membuat perubahan pada Maklumat Peribadi anda tidak dilakukan dan sebab perubahan tersebut tidak dilakukan.
Sila hubungi kami melalui privacy@ClassFlow.com jika anda mempunyai pertanyaan mengenai pengaksesan, pembetulan atau pemadaman Maklumat Peribadi anda.
- Ke Manakah Data saya Pergi?
- Anda mengakui dan bersetuju bahawa Promethean akan menyimpan dan memproses Maklumat Peribadi dalam pelbagai pusat data di seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, dan bahawa Maklumat Peribadi anda mungkin tidak disimpan atau diproses hanya di dalam negara yang maklumat ini dikumpulkan melainkan dan kecuali sekiranya dikehendaki oleh undang-undang. Sekiranya anda berada di Kesatuan Eropah (“EU”) atau wilayah lain dengan undang-undang yang mentadbir pengumpulan dan penggunaan data yang mungkin berbeza daripada undang-undang A.S., harap maklum bahawa kami mungkin memindahkan maklumat, termasuk maklumat peribadi ke negara dan bidang kuasa yang tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama dengan bidang kuasa anda. Oleh itu, Promethean telah menandatangani fasal kontrak model EU standard dengan syarikat dalam kumpulannya yang dengannya ia berkongsi Maklumat Peribadi untuk memastikan bahawa pemindahan data peribadi warganegara EU di luar Kawasan Ekonomi Eropah dilindungi dengan cara yang sama data tersebut dikehendaki untuk dilindungi di EU. Anda menjamin dan bersetuju bahawa Promethean boleh memindahkan dan memproses Maklumat Peribadi anda di Amerika Syarikat atau mana-mana negara lain yang dikekalkan kemudahan oleh Promethean atau syarikat induk, anak syarikat, sekutu atau penyedia perkhidmatannya. Sekiranya berkenaan, anda menjamin dan bersetuju dengan selanjutnya bahawa anda telah memperoleh semua persetujuan yang diperlukan daripada pelajar anda atau Pengguna yang Sah untuk Maklumat Peribadi sedemikian diproses oleh Promethean di Amerika Syarikat dan mana-mana tempat lain di dunia.
- Anda bertanggungjawab untuk memahami dan mematuhi undang-undang perlindungan data dan privasi data tempatan di tempat tinggal anda. Dengan menggunakan ClassFlow, anda membenarkan Maklumat Peribadi anda dihantar dan disimpan di lokasi yang berkenaan seperti yang digariskan di sini.
- Privasi Kanak-kanak
Promethean tidak mengumpulkan apa-apa maklumat daripada kanak-kanak di bawah umur lapan belas (18) tahun dengan sengaja melainkan dan sehingga pihak Sekolah atau guru telah memberikan persetujuan dan kebenaran yang sewajarnya bagi pelajar di bawah umur lapan belas (18) tahun untuk menggunakan Perkhidmatan dan bagi Promethean untuk mengumpulkan maklumat daripada pelajar sedemikian. Sila hubungi kami melalui privacy@classflow.com jika anda percaya bahawa kami telah mengumpulkan maklumat peribadi daripada kanak-kanak di bawah umur lapan belas (18) tahun secara tidak sengaja tanpa persetujuan yang sewajarnya supaya kami boleh memadamkan maklumat sedemikian dengan secepat mungkin.
- Adakah Promethean Akan Mengubah Dasar Privasi ini?
- Kami mungkin membuat perubahan pada Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa, jadi anda hendaklah menyemak halaman ini secara berkala. Sekiranya kami membuat apa-apa perubahan penting dalam cara kami menggunakan Maklumat Peribadi, anda akan dimaklumkan tentang perubahan sedemikian semasa anda mendaftar masuk ke ClassFlow. Sekiranya anda tidak mahu menerima perubahan, anda boleh memilih keluar dengan memadamkan akaun anda
- Perubahan Dasar Privasi berkenaan dengan Data Pelajar. Sekiranya kami mengubah apa-apa dalam dasar yang banyak mempengaruhi pengumpulan, penggunaan, penyimpanan, pengekalan atau pendedahan Data Pelajar kami, anda akan dimaklumkan tentang perubahan sedemikian semasa anda mendaftar masuk ke ClassFlow. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan notis sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari daripada perubahan Dasar Privasi yang mungkin melibatkan pengumpulan, penggunaan, penyimpanan atau perkongsian Data Pelajar dengan cara yang sangat berbeza seperti yang diperlihatkan dalam Dasar kami sebelum ini supaya anda mempunyai masa yang mencukupi untuk menilai perubahan tersebut dalam amalan. Sekiranya anda tidak memilih untuk menerima perubahan, anda boleh memilih keluar dengan memadamkan akaun anda sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa. Versi sebelum ini bagi Dasar Privasi ini boleh diperoleh dengan menghubungi kami melalui privacy@ClassFlow.com.
- Untuk Pengguna California
Sebagaimana yang berkaitan dengan California AB 1584 (Buchanan) Privasi Rekod Murid: Perisian Penyimpanan & Pendidikan Digital Pihak Ketiga (bahagian Kod Pendidikan 49073.1), kami bersetuju dengan perkara berikut:
a. Rekod murid yang diperoleh oleh Promethean daripada Agensi Pendidikan Tempatan (“LEA”) terus menjadi milik dan di bawah kawalan LEA. LEA mengekalkan hak pemilikan sepenuhnya terhadap maklumat dalam maklumat peribadi dan rekod pendidikan yang diberikannya kepada ClassFlow. b. Pengguna ClassFlow boleh mengekalkan pemilikan dan kawalan terhadap kandungan yang dijana oleh mereka sendiri dengan mendaftar masuk dan mengakses akaun ClassFlow mereka serta memuat turun (atau mengemas kini) maklumat mereka dalam ClassFlow. Murid mempunyai akses dan kawalan terhadap maklumat mereka sendiri dan kandungan yang dijana oleh murid tertakluk pada batasan yang dikenakan oleh guru murid tersebut. Sebagai contoh, jika murid menyelesaikan penilaian menggunakan Perkhidmatan ClassFlow Promethean dan menyerahkan penilaian kepada guru dalam ClassFlow, murid tersebut hanya boleh mengekalkan pemilikan dan kawalan terhadap (atau menukar jawapan) penilaian tersebut jika diizinkan oleh guru. c. Ibu bapa, penjaga sah atau murid yang layak boleh menyemak maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi dalam rekod murid dan membetulkan maklumat yang salah dengan menghubungi institusi pendidikan mereka. Selain itu, pengguna ClassFlow boleh mengakses, membetulkan, mengemas kini atau memadamkan maklumat peribadi dalam profil mereka dengan mendaftar masuk ke ClassFlow, mengakses akaun ClassFlow mereka dan membuat perubahan yang sesuai atau dengan menghubungi kami secara langsung dalam ClassFlow dengan mengklik tanda tanya (“?”) di sudut kanan atas halaman ClassFlow atau menyerahkan permintaan anda kepada kami melalui privacy@classflow.com. d. Kami komited untuk mengekalkan keselamatan dan kerahsiaan rekod murid. Oleh itu, kami mengambil tindakan berikut: (a) kami mengehadkan akses pekerja kepada data murid dengan hanya kepada pekerja yang memerlukan akses sedemikian untuk memenuhi tanggungjawab pekerjaan mereka; (b) kami melakukan pemeriksaan latar belakang terhadap pekerja kami dan secara khususnya, terhadap semua pekerja yang mungkin mempunyai akses kepada data murid; (c) kami mengkehendaki pekerja untuk menandatangani perjanjian kerahsiaan sebelum diberi akses kepada apa-apa data sensitif; (d) kami menjalankan latihan dan pendidikan keselamatan privasi dan data untuk pekerja secara berkala; dan (e) kami melindungi maklumat peribadi dengan perlindungan keselamatan teknikal, kontrak, pentadbiran dan fizikal untuk melindungi maklumat daripada akses, pengeluaran atau penggunaan yang tidak sah. e. Sekiranya terdapat pendedahan rekod murid yang tidak sah, kami akan (1) memaklumkan LEA dengan segera melainkan diarahkan secara khusus untuk tidak memberikan pemberitahuan sedemikian oleh pegawai penguatkuasaan undang-undang; dan (2) membuat rancangan respons dan prosedur yang dijelaskan dalam Rancangan Respons Insiden Pelanggaran Data Promethean yang tersedia untuk LEA atas permintaan. f. Kami tidak akan menggunakan apa-apa maklumat dalam rekod murid untuk apa-apa tujuan selain yang diperlukan atau diizinkan secara khusus oleh Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi ClassFlow. g. Kami tidak akan menggunakan apa-apa maklumat peribadi dalam rekod murid dalam ClassFlow untuk terlibat dalam pengiklanan tersasar. h. Kami akan memadamkan atau mengenyah pengenalpastian maklumat peribadi murid apabila ia tidak diperlukan lagi, setelah tamat tempoh atau penamatan perjanjian kami dengan LEA dengan apa-apa pemadaman atau pengenyahan pengenalpastian yang akan dilengkapkan mengikut terma perjanjian kami dengan LEA atau atas arahan atau permintaan LEA (sekolah). i. Kami akan bekerjasama dengan institusi pendidikan untuk memastikan pematuhan terhadap FERPA dengan memberikan keupayaan kepada ibu bapa, penjaga sah dan murid untuk memeriksa dan menyemak rekod murid mereka dalam ClassFlow dan kaedah untuk membetulkan apa-apa ketidaktepatan di dalamnya. j. Kami tidak akan membuat perubahan penting pada Dasar Privasi kami, termasuk menambahkan amalan penting berkenaan data baharu atau tambahan penting yang dikumpulkan, atau perubahan penting yang mengurangkan perlindungan yang dijelaskan sebelum ini tanpa notis awal kepada LEA. |
- Bagaimanakah jika saya mempunyai Pertanyaan Tentang Dasar Privasi ini atau Aduan?
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan, kebimbangan atau aduan mengenai maklumat yang ditetapkan dalam Dasar Privasi ini atau mengenai cara kami mengendalikan Maklumat Peribadi anda, sila hantar mesej terperinci kepada privacy@ClassFlow.com, tulis kepada kami melalui alamat Promethean House, Lower Philips Road, Whitebirk Industrial Estate, Blackburn, Lancashire, BB1 5TH, United Kingdom atau 4550 North Point Parkway, Suite 370, Alpharetta, Georgia 30022 United States atau hubungi kami melalui +1(888) 652-2848. Kami akan cuba menangani semua pertanyaan, kebimbangan atau aduan dalam jangka masa yang munasabah.
- Sekiranya anda seorang penduduk Australia dan anda tidak berpuas hati dengan cara kami menyelesaikan aduan anda, anda boleh menghubungi Pesuruhjaya Privasi Persekutuan Australia untuk membuat aduan. Untuk maklumat lebih lanjut, pergi ke www.oaic.gov.au.
- Salinan Dasar Privasi ini akan tersedia secara percuma pada laman web kami Dasar Privasi ClassFlowatau dengan menghubungi kami melalui privacy@ClassFlow.com.
©2020 Promethean Limited. Hak Cipta Terpelihara.