Terma Perkhidmatan ClassFlow

Tarikh Kuat Kuasa: 6 Julai 2018

“ClassFlow” atau “Perkhidmatan” dibekalkan oleh Promethean Limited (“Promethean”, “kami”, atau “kita”). Kami adalah sebuah syarikat berhad yang berdaftar di England dan Wales di bawah nombor syarikat 1308938 dengan pejabat berdaftar kami yang beralamat di Promethean Limited, Promethean House, Lower Philips Road, Whitebirk Industrial Estate, Blackburn, Lancashire, BB1 5TH, United Kingdom.

Apabila kami menggunakan perkataan “Perkhidmatan (-perkhidmatan)”, kami merujuk kepada (i) Perkhidmatan ClassFlow di www.classflow.com atau URL sedemikian lain seperti yang ditentukan oleh tempat Pengguna (contohnya classflow.nl/classflow.de/classflow.co.uk); (ii) Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah yang boleh didapati melalui langganan kepada sekolah, daerah sekolah, atau institusi sedemikian lain dan boleh dicapai melalui penyediaan Subdomain ClassFlow unik sahaja dengan URL persendirian (contohnya  www.yourschooldistrictname.classflow.com) untuk kegunaan eksklusif oleh sekolah atau daerah khusus; dan (iii) semua laman web, produk, perkhidmatan dan aplikasi berkaitan lain dan aplikasi berkaitan ClassFlow yang disediakan oleh Promethean melalui iTunes Store dan Google Play.  Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, ulasan atau kebimbangan mengenai Terma Perkhidmatan ini atau Perkhidmatan kami, sila hubungi kami di support@ClassFlow.com.

Terma Perkhidmatan ini, bersama dengan Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow, Dasar Privasi ClassFlow dan Dasar Kuki ClassFlow yang dirujuk dalam Terma Perkhidmatan ini, membentuk sebuah Kontrak yang terikat dari segi undang-undang antara anda dan kami (secara kolektif dirujuk di sini sebagai “Kontrak”). Sila baca kontrak tersebut dengan teliti sebelum anda mula menggunakan Perkhidmatan kami. Dengan menggunakan Perkhidmatan kami, anda menunjukkan bahawa anda menerima Terma Perkhidmatan ClassFlow, Dasar Penggunaan Boleh Diterima, Dasar Kuki dan Privasi yang berkenaan dan anda bersetuju untuk terikat dengan semua termanya. Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan dasar ini, jangan gunakan Perkhidmatan ini.

“Anda” atau “kamu” ditakrifkan sebagai Pengguna Perkhidmatan. “Pengguna Individu” seperti yang digunakan di dalam Terma ini bermaksud guru (atau pentadbir), pelajar, atau ibu bapa/penjaga yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow percuma.  Apabila berkenaan, “anda” atau “kamu” juga bermaksud sekolah atau daerah sekolah atau institusi pendidikan lain yang sebaliknya dikenali sebagai “Pengguna Perusahaan” yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah, dengan siapa Pengguna mempunyai kaitan sama ada sebagai pelajar, guru, atau ibu bapa/penjaga pelajar dan dibenarkan oleh Pengguna Perusahaan untuk menggunakan Perkhidmatan (“Pengguna yang Dibenarkan”). Istilah “Pengguna (-pengguna)” seperti yang digunakan di dalam ini akan merujuk kepada Pengguna Individu, Pengguna yang Dibenarkan, Pengguna Perusahaan.

  1. KATA LALUAN DAN AKAUN ANDA

1.1        Untuk mengakses Perkhidmatan, anda perlu mendaftar dengan membuka akaun dengan nama pengguna dan kata laluan (“ID Pengguna ClassFlow”) anda.

1.2        Anda bertanggungjawab untuk menjaga kerahsiaan ID Pengguna ClassFlow dan menyekat akses ke ID Pengguna ClassFlow dan akaun ClassFlow anda. Sewajarnya, anda bersetuju bahawa anda akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aktiviti yang dijalankan oleh akaun anda. Anda bersetuju untuk memastikan maklumat yang anda kemukakan tentang diri anda tepat dan terkini. Anda bersetuju untuk memaklumkan kami dengan segera sekiranya anda percaya bahawa akaun anda telah digunakan tanpa kebenaran.

1.3        Semua Pengguna (kecuali pelajar) hendaklah mendaftarkan akaun ClassFlow mereka menggunakan alamat e-mel yang sah yang Pengguna mengaksesnya dengan kerap. Jika anda seorang guru/pentadbir yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow percuma sebagai Pengguna Individu bebas dari institusi pendidikan yang mana anda dikaitkan berbanding dengan Pengguna Dibenarkan yang diarah oleh Pengguna Perusahaan, anda dikehendaki untuk memahami dan mematuhi dasar dan peraturan institusi pendidikan anda berkenaan penggunaan alamat e-mel institusi pendidikan anda untuk membuka akaun bagi Perkhidmatan.

Anda tidak boleh memilih ID Pengguna ClassFlow menggunakan nama yang anda tiada hak untuk menggunakan atau nama individu lain dengan niat untuk menyamar sebagai individu tersebut. Akaun yang didaftarkan dengan alamat e-mel individu lain, atau dengan alamat e-mel sementara mungkin ditutup tanpa notis. Pengguna mungkin dikehendaki mengesahkan semula akaun mereka sekiranya mereka percaya mereka telah menggunakan alamat e-mel yang tidak sah. Jika pada bila-bila masa anda mengetahui bahawa Pengguna Perkhidmatan mendakwa punyai kaitan dengan institusi pendidikan anda, namun sebenarnya tiada kaitan dengan institusi pendidikan anda, maka anda akan memaklumkan Promethean dengan segera.

Jika anda seorang pelajar yang berumur bawah 18 tahun, anda dilarang menggunakan Perkhidmatan melainkan anda telah diberikan akses ke Perkhidmatan melalui kod kelas yang dibekalkan oleh dan atas arahan dan bimbingan guru dan/atau institusi pendidikan. Selepas diberikan akses ke Perkhidmatan, anda tidak boleh berkongsi kod kelas atau ID Pengguna ClassFlow dengan individu lain.

Jika anda Pengguna Perusahaan yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah, anda akan diberikan “Subdomain ClassFlow” (atau “Penyewa”) sekolah atau daerah yang unik di dalam ClassFlow (contohnya yourschooldistrictname.classflow.com) untuk penggunaan eksklusif oleh Pengguna Dibenarkan bagi Pengguna Perusahaan khusus (sekolah atau daerah).  Setiap Pengguna Perusahaan akan menetapkan ID Pengguna ClassFlow di dalam Subdomain ClassFlow mereka kepada Pengguna yang Dibenarkan.

Jika anda Pengguna Perusahaan, sewaktu penamatan pekerjaan guru dengan anda atau sewaktu penamatan pendaftaran pelajar, anda akan mengkehendaki Pengguna Dibenarkan sedemikian untuk memulangkan dan berhenti menggunakan semua kod kelas dalam pemilikan mereka yang telah dibekalkan oleh anda. Jika anda mahu memindahkan akaun Pengguna yang Dibenarkan kepada Pengguna Individu lain (contohnya salah seorang guru anda meletakkan jawatan dan anda mahu menugaskan akaun guru yang meletakkan jawatan itu kepada guru gantian beliau), sila hubungi info@ClassFlow.com dan wakil akan membantu anda.  Anda tidak boleh memindahkan akaun anda kepada individu lain tanpa kebenaran Promethean.

  1. MAKLUMAT PERIBADI DAN DATA PELAJAR

2.1.       “Maklumat Peribadi” ialah apa-apa maklumat yang boleh mengenal pasti individu khusus secara peribadi.  “Data Pelajar” ialah Maklumat Peribadi yang secara langsung berkaitan dengan bekas atau pelajar semasa yang boleh dikenal pasti yang disimpan oleh sekolah, daerah sekolah, atau entiti atau organisasi yang berkaitan, atau oleh kami.  Hingga takat Undang-Undang A.S. terpakai, Data Pelajar boleh merangkumi “rekod pendidikan” seperti yang ditakrifkan oleh Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (“Family Educational Rights and Privacy Act, FERPA”), 20 U.S.C. § 1232(g).

2.2        “Maklumat Peribadi Sensitif” bermaksud kategori Maklumat Peribadi yang berikut: nombor keselamatan sosial (Pengguna di AS sahaja), tarikh lahir, bangsa atau asal etnik, fahaman politik, keahlian pertubuhan politik, kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, data peribadi berkaitan kesihatan, keahlian dalam program kerajaan, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat sama, kepercayaan falsafah, keahlian dalam persatuan atau kesatuan profesional atau perniagaan, orientasi atau amalan seksual, rekod jenayah, maklumat genetik dan maklumat biometrik. KAMI TIDAK BERNIAT UNTUK MENGUMPUL MAKLUMAT PERIBADI SENSITIF DARIPADA MANA-MANA PENGGUNA KAMI. Jangan berikan maklumat ini kepada Perkhidmatan secara sukarela.

2.3.       Kerahsiaan. Promethean bersetuju untuk mengendalikan Maklumat Peribadi sebagai sulit dan tidak mengongsikannya dengan pihak ketiga selain daripada yang diterangkan dalam Terma ini dan dalam Dasar Privasi ClassFlow kami.

2.4.       Akses Data Pelajar sebagai Pegawai Sekolah di bawah FERPA. Hingga takat yang perlu untuk membekalkan Perkhidmatan, kami boleh mengakses dan mengumpul Data Pelajar dalam pelbagai cara. Di A.S., kami mengakses, mengumpul dan memproses Data Pelajar sebagai Pegawai Sekolah dengan kepentingan pendidikan yang sah menurut FERPA 34 CFR Bahagian 99.31(a)(1).  Anda bersetuju bahawa, sebagai antara pihak-pihak, sekolah atau institusi pendidikan memiliki dan mengawal semua Data Pelajar, sama ada yang dibekalkan oleh sekolah, pentadbir sekolah, pelajar, ibu bapa/penjaga, atau mana-mana pihak ketiga lain.

(i)   Jika anda Pengguna Perusahaan yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah dan memilih untuk menggabungkan Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (“Student Information Management System, SIS”) sekolah atau daerah anda dengan Perkhidmatan, kami akan mengumpulkan dan memproses hanya maklumat daripada SIS yang perlu bagi tujuan membekalkan Perkhidmatan. Dengan menggunakan Perkhidmatan dan menggabungkan Perkhidmatan dengan SIS, Pengguna Perusahaan bersetuju dengan dan membenarkan pengumpulan data ini. Jika anda tidak menyediakan akses ke SIS, anda perlu memudahkan kaedah yang munasabah buat kami mendapatkan maklumat sedemikian, sebagai contoh melalui pindahan fail selamat, atau masukan data manual. Anda bersetuju untuk tidak membekalkan kepada kami dengan apa-apa Maklumat Peribadi tentang Pengguna yang Dibenarkan anda yang tidak diperlukan untuk membekalkan Perkhidmatan dan anda bersetuju untuk tidak sekali-kali membekalkan kepada kami dengan apa-apa Maklumat Peribadi Sensitif tentang Pengguna yang Dibenarkan anda.

(ii)   Jika anda Guru Individu yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow, anda boleh membekalkan Data Pelajar dengan membuat jadual kelas secara manual bagi setiap kelas anda. Anda bersetuju untuk tidak membekalkan kepada kami dengan apa-apa Maklumat Peribadi tentang pelajar anda yang tidak diperlukan untuk membekalkan Perkhidmatan dan anda bersetuju untuk tidak sekali-kali membekalkan kepada kami dengan apa-apa Maklumat Peribadi Sensitif tentang pelajar anda. Anda mewakili dan menjamin bahawa anda mempunyai kuasa yang diperlukan bagi pihak sekolah dan institusi anda untuk bersetuju dengan Terma ini.

(iii)  Kami boleh mengumpulkan maklumat, termasuk Maklumat Peribadi, daripada pelajar yang dibenarkan untuk menggunakan Perkhidmatan, tetapi Promethean mengumpulkan maklumat sedemikian hanya mengikut arahan dan bagi pihak sekolah atau guru.

2.5        Kebenaran dan Kuasa Maklumat Peribadi dan Data Pelajar.  Anda hendaklah mempunyai kebenaran dan kuasa yang diperlukan untuk membekalkan Data Pelajar kepada Promethean, atau membenarkan Promethean untuk mengumpul Data Pelajar melalui Perkhidmatan.

(i) Jika anda Pengguna Perusahaan yang menggunakan ClassFlow untuk Perkhidmatan Sekolah atau sekiranya anda guru Individu, sekolah atau daerah yang menggunakan Perkhidmatan ClassFlow percuma, anda mewakili dan memberikan jaminan bahawa anda mempunyai kuasa untuk membekalkan Maklumat Peribadi, termasuk Data Pelajar, kepada Promethean bagi tujuan membekalkan Perkhidmatan, dan bahawa anda telah menyediakan pendedahan yang wajar kepada Pengguna yang Dibenarkan atau mana-mana pengguna akhir lain berkaitan perkongsian Maklumat Peribadi sedemikian dengan Promethean.  Promethean dan sekolah, daerah sekolah, atau guru bersetuju untuk melaksanakan tanggungjawab mereka di bawah Undang-Undang yang mengawal Maklumat Peribadi dan Data Pelajar, termasuk di A.S., Akta Hak dan Privasi Pendidikan Keluarga (“Family Educational Rights and Privacy Act, FERPA”), Pindaan Perlindungan Hak Pelajar (“Protection of Pupil Rights Amendment, PPRA”) dan Akta Privasi dan Perlindungan Dalam Talian Kanak-Kanak (“Children’s Online Privacy and Protection Act, COPPA”).  Kami bergantung pada setiap sekolah atau guru untuk mendapatkan dan memberikan kebenaran dan pendedahan yang berkenaan, jika perlu, untuk Promethean mengumpul apa-apa Data Pelajar, seperti yang dibenarkan di bawah COPPA.  Kami menyarankan agar anda menyediakan satu salinan Dasar Privasi ClassFlow kepada ibu bapa dan penjaga.

(ii) Jika anda berada di luar Amerika Syarikat, anda dikehendaki mematuhi Terma ini dan semua peraturan dan undang-undang yang mengawal privasi kanak-kanak dan Maklumat Peribadi kanak-kanak di kawasan anda. Anda mewakili dan memberi jaminan bahawa anda patuh dengan semua undang-undang perlindungan data yang berkenaan yang mengawal perlindungan Maklumat Peribadi dan perkongsian rekod pendidikan pelajar.

(iii)  Jika anda Guru yang bertempat di Denmark, Sweden, Norway, atau Jerman, sebelum menggunakan ClassFlow, anda perlu menjelaskan sekiranya anda perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pentadbiran institusi pendidikan tempat anda bekerja. ClassFlow menyimpan maklumat dalam awan dan bukan dalam mana-mana peranti, walau bagaimanapun, hingga takat yang anda simpan apa-apa Maklumat Peribadi tentang pelajar dalam peranti anda, ia perlu disimpan dengan selamat (sebagai contoh, sandaran dilindungi kata laluan dalam cakera keras berasingan) untuk mengelakkan penyalahgunaan. Lebih-lebih lagi, anda perlu memastikan bahawa Maklumat Peribadi Pelajar yang dikumpul, diguna, atau disimpan di dalam Perkhidmatan oleh anda sewajarnya diperlukan untuk mengajar kursus anda. Sekiranya tidak pasti, sila rujuk kepada pihak pentadbiran institusi pendidikan tempat anda bekerja. Dalam semua perkara di bawah seksyen ini, anda juga boleh menghubungi kami di privacy@ClassFlow.com sekiranya anda perlu maklumat lanjut.

(iv)  Jika kami menentukan bahawa mana-mana Maklumat Peribadi tentang pelajar yang berumur bawah 18 tahun telah didedahkan kepada atau dikumpulkan oleh ClassFlow tanpa kebenaran atau kuasa yang diperlukan, kami akan mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk menghapuskan maklumat tersebut dengan selamat dan secepat yang boleh, dan kami boleh menggantung dan menamatkan akaun yang berkaitan. Jika anda percaya bahawa kami telah menerima Maklumat Peribadi tentang Pelajar atau Pelajar-pelajar yang melanggarperenggan ini, sila hubungi kami di privacy@ClassFlow.com.

2.6.       Penggunaan Data Pelajar. Dengan mengemukakan atau memberikan kami akses ke Data Pelajar, anda bersetuju bahawa Promethean boleh menggunakan Data Pelajar semata-mata untuk tujuan (i) membekalkan Perkhidmatan, (ii) menambah baik dan membangunkan Perkhidmatan kami, (iii) menguatkuasa hak kami di bawah Terma ini dan (iv) seperti yang dibenarkan oleh keizinan Pengguna yang Dibenarkan, atau Pengguna Individu. Walau apa-apa jua yang bertentangan, kita tidak boleh menggunakan Data Pelajar untuk terlibat dalam iklan sasaran.

2.7.       Penggunaan Data Pelajar Tanpa Nama. Anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpulkan dan, semasa dan selepas tempoh perjanjian kami dengan Perjanjian ini, menggunakan data yang diperoleh daripada Data Pelajar bagi tujuan kami sendiri, dengan syarat data sedemikian akan dinyahkenal pasti dan/atau dikumpulkan untuk mengelakkan pengenalpastian Pengguna yang Dibenarkan atau Individu khusus.

2.8        Penggunaan Maklumat Peribadi untuk tujuan Pemasaran. Anda bersetuju bahawa Promethean boleh membekalkan kandungan yang dan pemesejan tersuai yang berkaitan dengan Perkhidmatan kepada pengguna pentadbiran sekolah atau daerah dan kepada guru, dengan syarat kandungan dan pemesejan sedemikian tidak berdasarkan Data Pelajar berkaitan pelajar yang boleh dikenal pasti secara berasingan. Promethean juga boleh membekalkan kandungan dan pemesejan tersuai yang berkaitan dengan Perkhidmatan kepada ibu bapa atau penjaga yang telah bersetuju untuk menerima kandungan dan pemesejan sedemikian, dengan syarat kandungan dan pemesejan sedemikian tidak berdasarkan Data Pelajar melainkan kami telah menerima kebenaran yang jelas daripada ibu bapa atau penjaga atau sekolah supaya Data Pelajar yang digunakan bagi tujuan sedemikian dan hingga takat penggunaan data sedemikian dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai. Guru, pentadbir dan ibu bapa yang menerima komunikasi daripada Promethean akan sentiasa mempunyai pilihan untuk menghentikan langganan daripada menerima komunikasi sedemikian. Promethean tidak boleh menghantar mesej berunsur iklan atau pemasaran kepada pelajar yang menggunakan Perkhidmatan.

2.9        Pembekal Perkhidmatan Pihak Ketiga Promethean. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Promethean boleh menyediakan akses ke Data Pelajar kepada para pekerja kami, rakan sekutu dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang tertentu, yang mempunyai keperluan yang sah untuk mengakses maklumat sedemikian supaya dapat membekalkan perkhidmatan kepada kami.  Kami dan para pekerja, rakan sekutu, pembekal perkhidmatan, atau ejen yang terlibat dalam pengendalian, penghantaran dan pemprosesan Data Pelajar akan dikehendaki memelihara kerahsiaan data sedemikian.  Anda juga mengakui bahawa, tertakluk kepada Terma-Terma ini dan hingga takat yang dibenarkan oleh Undang-Undang, Maklumat Peribadi termasuk Data Pelajar mungkin diakses dan diproses oleh rakan sekutu atau kakitangan pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami di negara asing, termasuk negara selain daripada bidang kuasa dari tempat Maklumat Peribadi telah dikumpul, dan anda dengan ini membenarkan kebenaran dan pemprosesan sedemikian. Untuk mengetahui tempat pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami memproses Maklumat Peribadi anda, sila hubungi privacy@classflow.com.

2.10      Penyimpanan dan Permintaan Penghapusan Data Pelajar. Promethean akan segera menghapuskan atau menyahkenal pasti Data Pelajar atas permintaan atau arahan Sekolah atau Guru dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari permintaan atau arahan sedemikian. Sila hubungi kami di privacy@ClassFlow.com untuk memohon pembatalan akaun.  Kami akan menyimpan, menghapuskan, atau menyahkenal pasti Data Pelajar menurut Dasar Privasi ClassFlowkami.

2.11      Penyetempatan Data.  Anda mengakui dan bersetuju bahawa Promethean akan menyimpan dan memproses Maklumat Peribadi di pelbagai pusat data di seluruh dunia, termasuk di A.S. dan bahawa Maklumat Peribadi anda mungkin tidak disimpan atau diproses di dalam negara di mana ia dikumpul melainkan dan kecuali hingga takat yang dikehendaki oleh Undang-Undang.  Anda menjamin dan bersetuju bahawa anda telah memperoleh semua kebenaran yang diperlukan daripada Pengguna Dibenarkan untuk Promethean memproses Maklumat Perbadi sedemikian di A.S. dan tempat lain di dunia. Lihat Dasar Privasi ClassFlow untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tempat data anda disimpan.

  1. KESELAMATAN, PELANGGARAN, AKSES DAN SOKONGAN DATA

3.1        Keselamatan Data.  Kami telah melaksanakan pentadbiran yang munasabah dari segi komersial, perlindungan fizikal dan teknikal yang direka untuk menjamin Maklumat Peribadi, termasuk Data Pelajar, daripada akses, pendedahan, atau penggunaan yang tidak dibenarkan, yang akan merangkumi penyulitan data, tembok api, kawalan akses fizikal terhadap bangunan dan fail, serta latihan dan pendidikan pekerja yang berterusan. Kami mempunyai dasar dan prosedur yang disediakan untuk mengehadkan akses ke sistem kami kepada pekerja dan pihak ketiga yang dipercayai sahaja yang perlu mengetahuinya berdasarkan fungsi atau peranan kerja yang khusus.

3.2        Pemberitahuan Pelanggaran Data dan Jaminan Ganti Rugi.  Sekiranya kami mempunyai kepercayaan yang munasabah dan berniat baik bahawa pihak yang tidak dibenarkan mendapat akses ke atau didedahkan Maklumat Peribadi, termasuk Data Pelajar, yang telah kami kumpul atau terima melalui Perkhidmatan (satu “Kejadian Keselamatan”), kami akan segera memaklumkan anda sebagai pemilik data sekolah dan akan menggunakan usaha yang munasabah untuk bekerjasama dengan anda dalam menjalankan siasatan Kejadian Keselamatan ini.  Jika Kejadian Keselamatan tersebut disebabkan oleh perbuatan cuai atau peninggalan oleh Promethean atau ejennya dan kejadian tersebut mencetuskan apa-apa keperluan notis pihak ketiga di bawah undang-undang privasi yang berkenaan, Promethean akan membayar ganti rugi kepada sekolah atas sebarang kos berkaitan pemberitahuan sebenar dan munasabah yang ditanggung oleh sekolah supaya dapat bertindak balas terhadap Kejadian Keselamatan hingga takat pemberitahuan sedemikian dikehendaki oleh undang-undang.  Promethean seterusnya akan membayar ganti rugi kepada sekolah atas semua kos sebenar dan munasabah yang ditanggung oleh sekolah yang timbul daripada penyalahgunaan Data Pelajar yang secara langsung disebabkan oleh perbuatan atau peninggalan yang diniatkan atau disengajakan oleh Promethean atau ejennya. Promethean tidak mempunyai liabiliti hingga takat Kejadian Keselamatan itu disebabkan oleh ejen, kontraktor, pekerja, atau wakil Sekolah.

3.3        Kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya atas apa jua sebab Perkhidmatan (atau mana-mana bahagiannya) tidak tersedia pada bila-bila masa atau untuk mana-mana tempoh.   Sebagai tambahan, akses ke Perkhidmatan mungkin digantung buat sementara waktu dan tanpa notis dalam keadaan kegagalan sistem, penyelenggaraan atau pembaikan atau atas sebab di luar kawalan kami. Sebagai tambahan, akses ke internet, sekiranya digunakan, merupakan tanggungjawab penuh anda dan tanggungjawab pembekal Internet yang anda pilih. Promethean tidak menerima sebarang tanggungjawab atas kegagalan Perkhidmatan disebabkan oleh kemudahan Internet, termasuk yang berkaitan dengan telekomunikasi atau peralatan.

3.4        Sokongan dalam talian untuk Perkhidmatan tersedia untuk semua Pengguna melalui Sokongan ClassFlow. Jika anda Pengguna Perusahaan, sila rujuk kepada Perjanjian Langganan dan dokumen pesanan anda untuk memahami sekiranya anda layak terhadap sebarang kelayakan sokongan lanjut.

  1. PERLAKUAN ANDA

Apabila menggunakan Perkhidmatan, anda hendaklah mematuhi semua undang-undang yang dikenakan kepada anda.  Di samping itu, penggunaan Perkhidmatan anda adalah tertakluk kepada peruntukan Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow yang menggariskan apa yang anda boleh dan tidak boleh lakukan dengan dan dalam Perkhidmatan. Anda perlu menyemak Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow sebelum menggunakan Perkhidmatan.  Pelanggaran Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow mungkin menjadi asas penghapusan Sumber/catatan malah penamatan hak anda untuk menggunakan atau mengakses Perkhidmatan.

  1. PAUTAN KE PERKHIDMATAN KAMI

Anda boleh membuat pautan ke laman utama Perkhidmatan kami, dengan syarat anda berbuat demikian dalam cara yang adil dan sah serta tidak mencalar reputasi kami atau mengambil kesempatan daripadanya, tetapi anda tidak boleh membuat pautan dengan cara yang mencadangkan sebarang bentuk perkaitan, kelulusan atau sokongan pada bahagian kami di mana tiada satu pun yang wujud. Kami berhak untuk menarik balik kebenaran membuat pautan tanpa notis.

  1. PAUTAN KE LAMAN WEB, SUMBER DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA

Perkhidmatan ini boleh mengandungi pautan atau sambungan ke laman web atau perkhidmatan pihak ketiga yang tidak dimiliki, dikendali, atau dikawal oleh Promethean. Apabila anda mengakses laman web pihak ketiga atau menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, anda menerima bahawa terdapat risiko dalam berbuat demikian dan bahawa Promethean tidak bertanggungjawab terhadap risiko sedemikian. Pastikan untuk membaca terma dan syarat serta dasar privasi setiap laman web atau perkhidmatan pihak ketiga yang anda lawat atau manfaatkan. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda melepaskan pegawai, pekerja, ejen dan pengganti Promethean daripada tanggungjawab terhadap apa-apa dan semua liabiliti yang timbul daripada penggunaan mana-mana laman web atau perkhidmatan pihak ketiga oleh anda.

Interaksi anda dengan organisasi dan/atau individu yang ditemui dalam atau melalui Perkhidmatan, termasuk bayaran dan penghantaran barangan atau perkhidmatan, dan apa-apa terma, syarat, waranti, atau perwakilan lain yang dikaitkan dengan urusan sedemikian, adalah semata-mata antara anda dan organisasi sedemikian dan/atau individu. Anda perlu membuat apa jua siasatan yang anda rasa perlu atau wajar sebelum meneruskan dengan apa-apa transaksi dalam talian atau luar talian dengan mana-mana pihak ketiga ini. Anda bersetuju bahawa Promethean tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian atau kerosakan apa-apa bentuk yang ditanggung akibat daripada mana-mana urusan sedemikian termasuk sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penggunaan maklumat yang boleh dikenal pasti secara peribadi anda.

  1. PERGANTUNGAN PADA MAKLUMAT YANG DISIARKAN

Ulasan, sembang, Pelajaran, PDF, Laman web dan bahan lain (“Sumber”) yang dimuat naik/disiarkan ke Pasaran ClassFlow bukan bertujuan untuk memberikan nasihat tentang cara pergantungan perlu diletakkan, dan kami juga tidak menawarkan apa-apa jaminan bahawa apa-apa maklumat yang disiarkan adalah lengkap, tepat atau terkini atau bahawa pengarang Sumber sedemikian telah memberikan kebenaran untuk menggunakan bahan sedemikian. Oleh itu kami menafikan semua liabiliti dan tanggungjawab yang timbul daripada apa-apa pergantungan yang diletakkan pada bahan atau maklumat sedemikian oleh mana-mana Pengguna Perkhidmatan kami, atau oleh sesiapa yang mungkin dimaklumkan tentang apa-apa kandungannya.

  1. PENYERTAAN DALAM PASARAN CLASSFLOW

8.1        Bila-bila masa anda memanfaatkan apa-apa ciri Perkhidmatan yang membolehkan anda menyertai perbincangan atau perbualan dengan Pengguna Perkhidmatan lain, atau dengan menyiarkan soalan atau ulasan dalam Perkhidmatan, anda hendaklah mematuhi Piawaian Kandungan yang ditetapkan dalam Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow. Anda hendaklah membaca Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow sebelum menyiarkan apa-apa bahan atau maklumat dalam Perkhidmatan. Apa-apa kandungan yang anda sumbangkan hendaklah mematuhi Piawaian Kandungan yang ditetapkan dalam Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow, dan anda bersetuju untuk membayar ganti rugi kepada kami, rakan kongsi dan ahli gabungan kami terhadap mana-mana pelanggaran keadaan tersebut. Pengguna yang Dibenarkan yang menyiarkan apa-apa kandungan dalam Perkhidmatan bagi pihak Pengguna Perusahaan bersetuju bahawa mereka berbuat demikian dengan kebenaran dan kuasa wajar daripada Pengguna Perusahaan.

8.2        Ciri Pasaran ClassFlow dalam Perkhidmatan membolehkan anda mengakses pangkalan data yang boleh dicari yang mengandungi atau mengakses bahan pendidikan digital yang dibuat pada asalnya oleh guru, penerbit pihak ketiga dan Promethean termasuk tetapi tidak terhad kepada pelajaran, set soalan, penilaian sampel, tugasan sampel dan sumber sedemikian yang lain (“Sumber”). Tertakluk kepada penerimaan Terma dan Syarat Pasaran ClassFlow yang digabungkan dalam dan membentuk sebahagian daripada Terma Perkhidmatan oleh rujukan ini, Pengguna yang berumur melebihi 18 tahun boleh memuat naik Sumber ke Pasaran untuk berkongsi dengan Pengguna secara percuma atau dikenakan bayaran.  Begitu juga, Pengguna ClassFlow yang berumur melebihi 18 tahun, tertakluk kepada Terma dan Syarat Pasaran ClassFlow, memuat turun secara percuma atau membeli Sumber tersebut dari Pasaran ClassFlow. Oleh kerana syarat kepada dan sebelum menyertai Pasaran ClassFlow sebagai sama ada Penjual atau Pembeli (setiap satu ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Pasaran ClassFlow) anda dikehendaki untuk membaca dan menerima Terma dan Syarat Pasaran ClassFlow yang juga merangkumi tatakelakuan dan pematuhan dengan Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow.

  1. NOTIS DAN PENURUNAN

9.1        Walaupun terdapat keperluan untuk mematuhi Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow, kandungan tertentu yang disiarkan dalam Perkhidmatan boleh mengandungi, atau mengarahkan anda ke laman web yang mengandungi maklumat yang anda mungkin dapati menyakitkan hati atau tidak sesuai dan berada di luar kawalan Promethean.  Kami tidak mengawasi semua kandungan yang disiarkan ke Perkhidmatan. Walau bagaimanapun, jika anda percaya bahawa apa-apa kandungan yang disiarkan atau dikemukakan dalam Perkhidmatan bersifat fitnah dan/atau melanggar Terma Perkhidmatan ini atau Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow, sila bantu kami dengan memberikan pernyataan bertulis dengan baris subjek “Notis Kandungan Berupa Fitnah.”  Notis tersebut perlu merangkumi nama anda, alamat surat-menyurat, nama syarikat dan jawatan anda (jika berkenaan). Anda perlu menunjukkan dalam notis tersebut dengan betul-betul perkataan yang anda anggap berupa fitnah atau melanggar Dasar Penggunaan Boleh Diterima dan anda perlu potong dan tampal alamat halaman Web yang berkaitan dalam notis.  Sila nyatakan sebab anda menganggap perkataan tersebut melanggar Dasar Penggunaan Boleh Diterima dan atau berupa fitnah dan terangkan sebabnya dan apabila anda percaya bahawa perkataan itu berupa fitnah, terangkan sebab perkataan yang diadukan adalah salah dan kedudukan sebenar menurut pandangan anda.  Sila hantar notis dengan e-mel ke support@ClassFlow.com. Kami akan menggunakan segala usaha yang munasabah untuk menghapuskan apa-apa kandungan yang kami anggap berupa fitnah atau melanggar Dasar Penggunaan Boleh Diterima daripada Perkhidmatan kami dalam lingkungan jangka waktu yang munasabah, dan dalam mana-mana keadaan, selaras dengan mana-mana jangka waktu yang dinyatakan dalam undang-undang yang berkenaan.

9.2        Menurut Notis Hak Cipta dan peruntukan Penurunan dalam Terma dan Syarat Pasaran ClassFlow, sekiranya anda percaya bahawa apa-apa Sumber dalam Pasaran ClassFlow melanggar hak cipta anda atau mana-mana hak harta intelek lain, anda perlu memaklumkan Promethean tentang dakwaan anda selaras dengan prosedur terperinci yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Pasaran ClassFlow.  Promethean akan memproses notis pelanggaran yang didakwa selaras dengan Akta Hak Cipta Alaf Digital (“Digital Millennium Copyright Act, DMCA”) dan undang-undang hak cipta berkenaan yang lain.  DMCA mengkehendaki bahawa pemberitahuan pelanggaran yang didakwa adalah secara bertulis dan disampaikan kepada Promethean dengan e-mel ke copyright@prometheanworld.com.

  1. HAK HARTA INTELEK

Promethean ialah pemilik atau pemegang lesen bagi semua hak harta intelek dalam Perkhidmatan yang merangkumi pemilik beberapa tanda dagangan yang berkaitan dengan jenama kami dalam beberapa bidang kuasa di seluruh dunia. Semua hak tersebut adalah terpelihara. Tiada apa-apa dalam Terma Perkhidmatan ini memberi anda hak untuk menggunakan mana-mana nama dagangan, tanda dagangan, tanda khidmat, logo, nama domain kami dan ciri-ciri jenama tersendiri yang lain tanpa kebenaran bertulis yang nyata daripada Promethean.

Hingga takat anda menyiarkan apa-apa “idea” atau “cadangan” dalam Perkhidmatan atau sebaliknya memberikan idea atau cadangan sedemikian kepada Promethean termasuk tetapi tidak terhad kepada kempen iklan baharu, promosi baharu, produk atau teknologi baharu atau dipertingkatkan, peningkatan atau penambahbaikan produk, proses, nama produk atau ciptaan atau penemuan lain (semua di sini dirujuk sebagai “Idea”), anda memahami dan bersetuju bahawa idea sedemikian merupakan hak Promethean dan anda tidak berhak untuk apa-apa pampasan, royalti, pengiktirafan atau atribusi yang dikaitkan dengan penggunaan atau tindakan yang diambil oleh Promethean hasil daripada idea sedemikian. Hingga takat yang diminta oleh Promethean, anda bersetuju untuk menetapkan semua hak, hak milik dan kepentingan dalam dan kepada Idea sedemikian kepada Promethean dan untuk melaksana dan menyampaikan kepada Promethean semua dokumen dan melaksanakan semua perbuatan yang sah di sisi undang-undang yang mana Promethean anggap perlu atau dinasihatkan untuk penyediaan, pendakwaan, terbitan, pemerolehan, dan penyelenggaraan hak cipta atau paten di bawah undang-undang berkenaan di Amerika Syarikat atau bidang kuasa asing.  Semua dokumen sedemikian yang diperlukan di bawah ini akan disediakan oleh atas daya usaha Promethean.

  1. PENAFIAN DAN PENGEHADAN LIABILITI

11.1      Perkhidmatan kami dibekalkan mengikut asas “seperti adanya” dan “seperti yang tersedia” (melainkan sebaliknya dinyatakan dengan jelas dalam Terma Perkhidmatan). Hingga takat paling lengkap yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan, kami dengan nyata menafikan semua waranti, perwakilan, syarat dan terma lain dalam apa jua bentuk, sama ada tersurat atau tersirat, termasuk, tetapi tidak terhad kepada mana-mana waranti, perwakilan, syarat yang tersirat atau terma kebolehdagangan lain, kualiti yang memuaskan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, atau seperti dengan bukan pelanggaran mana-mana hak harta intelek.

11.2      Kami tidak membuat jaminan atau perwakilan bahawa (i) Perkhidmatan akan memenuhi keperluan, (ii) Perkhidmatan tidak akan terganggu, selamat, atau bebas ralat, (iii) hasil yang mungkin diperoleh daripada penggunaan Perkhidmatan akan tepat dan boleh dipercayai, (iv) kualiti mana-mana produk, perkhidmatan, maklumat, atau apa-apa bahan yang diperoleh oleh anda melalui Perkhidmatan akan memenuhi jangkaan anda, atau (v) apa-apa kesilapan dalam perisian akan dibetulkan.

11.3      Anda mengakui dan menerima bahawa apa-apa bahan yang dimuat turun atau sebaliknya diperoleh melalui penggunaan Perkhidmatan dilakukan atas budi bicara dan risiko anda sendiri dan anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerosakan kepada sistem komputer anda atau kehilangan data yang diakibatkan daripada muat turun apa-apa bahan tersebut.

11.4      Tertakluk kepada klausa 11.5, tiada teori undang-undang (termasuk, tanpa pengehadan, tort (termasuk kecuaian), kontrak, liabiliti ketat, atau sebaliknya walaupun sekiranya kami telah dinasihati tentang kemungkinan kerugian atau ganti rugi sedemikian) di mana Promethean akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana individu lain terhadap:

  1. kehilangan keuntungan;
  2. kehilangan nama baik;
  3. kehilangan data;
  4. pemberhentian kerja;
  5. ketepatan hasil;
  6. kegagalan atau pincang tugas komputer; atau
  7. apa-apa kerugian atau ganti rugi tidak langsung, sampingan, khas, turutan atau teladan, yang timbul daripada atau yang berkaitan dengan terma dan syarat ini atau penggunaan anda (atau ketidakupayaan untuk menggunakan) Perkhidmatan kami.

11.5      Tiada apa-apa dalam Terma Perkhidmatan ini boleh mengehad atau mengecualikan liabiliti kami:

  1. bagi kematian atau kecederaan diri yang disebabkan oleh kecuaian kami;
  2. bagi penipuan atau salah nyata palsu; atau
  3. apa-apa perkara yang mana tindakan kami akan menyalahi undang-undang untuk mengecualikan, atau mencuba untuk mengecualikan liabiliti kami dalam mana-mana bidang kuasa.

11.6      Sesetengah bidang kuasa tidak membenarkan pengecualian waranti tertentu atau pengehadan atau pengecualian liabiliti tertentu. Sewajarnya, sesetengah pengehadan yang ditetapkan di atas mungkin tidak terpakai kepada anda. Secara khusus, apabila anda menggunakan Perkhidmatan kami sebagai seorang pengguna, tiada apa-apa dalam Terma Perkhidmatan ini akan menjejaskan hak berkanun anda.

  1. TERMA DAN PENAMATAN

Melainkan seperti yang ditetapkan dalam Terma Perkhidmatan ini, bagi guru persendirian yang menggunakan Perkhidmatan, akaun ClassFlow akan kekal tersedia buat anda selagi Perkhidmatan tersedia atau melainkan anda meminta akaun anda dihapuskan. Bagi Pengguna Perusahaan, akaun ClassFlow anda akan tersedia buat anda selagi anda memiliki langganan semasa ke Perkhidmatan ClassFlow untuk Sekolah atau hingga sekolah atau Daerah anda meminta Perkhidmatan ditamatkan. Peruntukan di dalam ini akan terpakai kepada anda selagi anda menggunakan Perkhidmatan.  Peruntukan yang mengikut sifatnya, hendaklah berterusan dan terpakai walaupun selepas anda tidak menggunakan Perkhidmatan lagi.  Sebagai contoh, semua yang berikut akan kekal selepas penamatan Perkhidmatan: sebarang kewajipan anda perlu membayar atau ganti rugi kepada kami; sebarang had terhadap liabiliti kami; mana-mana terma berkaitan pemilikan atau hak harta intelek termasuk lesen yang diberikan dalam Seksyen 10 dan terma berkaitan pertikaian antara kita.

Anda bersetuju bahawa kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami, menggantung atau menamatkan Perkhidmatan atau mana-mana bahagiannya atau penggunaan Perkhidmatan atau akaun anda, atas apa jua sebab, termasuk pelanggaran anda terhadap Terma Perkhidmatan ini (termasuk Terma dan Syarat Pasaran ClassFlow ), Dasar Penggunaan Boleh Diterima ClassFlow, Dasar Privasi ClassFlow, atau dalam kes Pengguna Perusahaan, bagi pelanggaran Perjanjian Langganan.  Kami mempunyai hak mutlak untuk menentukan sama ada anda melanggar mana-mana terma tersebut.

  1. NOTIS

Semua notis yang diberikan oleh anda kepada kami, melainkan sebaliknya secara khusus diarahkan di dalam ini, hendaklah diberikan kepada Promethean Limited dengan mel yang diperakui ke alamat pada halaman pertama Terma Perkhidmatan ini. Kami boleh memberikan notis kepada anda sama ada ke e-mel atau alamat surat-menyurat yang anda berikan kepada kami bila membuat pesanan (jika anda Pengguna Perusahaan), atau yang anda berikan kepada kami sewaktu pendaftaran. Notis akan dianggap diterima dan dikendalikan dengan wajar 24 jam selepas e-mel dihantar, atau lima hari selepas tarikh penghantaran apa-apa surat. Dalam membuktikan pemberian mana-mana notis, ia akan mencukupi untuk membuktikan, dalam kes surat, bahawa surat sedemikian telah dialamatkan, dibubuh setem dan dipos dengan betul dan dalam kes e-mel, ia telah dihantar ke alamat yang dinyatakan oleh penerima e-mel tersebut.

  1. PEMINDAHAN HAK DAN KEWAJIPAN

14.1      Anda tidak boleh memindah, menyerah hak, mengenakan atau sebaliknya melupuskan Kontrak ini, atau sebarang hak atau kewajipan anda yang timbul di bawahnya, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Promethean.

14.2      Promethean boleh memindah, menyerah hak, mengecaj, mengsubkontrak atau sebaliknya melupuskan Kontrak ini, atau sebarang hak atau kewajipan kami yang timbul di bawahnya, pada bila-bila masa dalam tempoh Kontrak.

  1. KOMUNIKASI BERTULIS

Undang-undang berkenaan mengkehendaki sesetengah maklumat atau komunikasi yang kami hantar kepada anda dilaksanakan secara bertulis. Apabila menggunakan Perkhidmatan, anda menerima bahawa komunikasi kami akan sebahagian besarnya dalam bentuk elektronik. Kami akan menghubungi anda melalui e-mel atau membekalkan maklumat dengan menyiarkan notis mengenai Perkhidmatan. Bagi tujuan kontrak, anda bersetuju dengan cara komunikasi elektronik ini dan anda mengakui bahawa semua kontrak, notis, maklumat dan komunikasi lain yang kami sediakan kepada anda secara elektronik mematuhi sebarang keperluan undang-undang secara bertulis.

  1. KEJADIAN DI LUAR KAWALAN KAMI

16.1      Kami tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kegagalan untuk melaksanakan, atau kelewatan dalam pelaksanaan, apa-apa kewajipan kami di bawah Kontrak ini yang disebabkan oleh kejadian di luar kawalan munasabah kami (“Kejadian Force Majeure“).

16.2      Kejadian Force Majeure merangkumi sebarang tindakan, kejadian, bukan kejadian, peninggalan atau kemalangan di luar kawalan munasabah kami dan merangkumi secara khusus (tanpa had) yang berikut:

  1. Mogok, sekat masuk atau tindakan perindustrian lain.
  2. Kekecohan awam, rusuhan, pencerobohan, serangan pengganas atau ancaman serangan pengganas, perang (sama ada yang diisytiharkan atau tidak) atau ancaman atau persediaan untuk perang.
  3. Kebakaran, letupan, ribut, banjir, gempa bumi, penenggelaman, wabak atau bencana alam yang lain.
  4. Kemustahilan menggunakan landasan kereta api, perkapalan, pesawat, pengangkutan bermotor atau cara pengangkutan awam atau persendirian yang lain.
  5. Kemustahilan menggunakan rangkaian telekomunikasi awam atau persendirian.
  6. Akta, perintah, undang-undang, peraturan atau sekatan mana-mana kerajaan.
  7. Kegagalan atau gangguan sambungan ke internet.

16.3      Pelaksanaan kami di bawah Kontrak ini dianggap akan digantung bagi tempoh Kejadian Force Majeure berterusan dan hingga takat kami mempunyai sebarang kewajipan pelaksanaan semasa Kejadian Force Majeure, semua kewajipan pelaksanaan sedemikian perlu dilanjutkan selama tempoh Kejadian Force Majeure di tambah tempoh waktu yang munasabah susulan kejadian sedemikian untuk membolehkan kami memenuhi kewajipan pelaksanaan sedemikian dengan sewajarnya. Kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk menutup Kejadian Force Majeure atau menemui penyelesaian di mana kewajipan kami di bawah Kontrak ini mungkin dilaksanakan walaupun dengan Kejadian Force Majeure. Jika Kejadian Force Majeure berterusan selama dua bulan, kami boleh menamatkan Kontrak ini.

  1. UNDANG-UNDANG KAWALAN EKSPORT

Anda mengakui bahawa penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada Peraturan Pentadbiran Eksport A.S, dan undang-undang eksport, sekatan dan peraturan lain (secara kolektif, “Undang-Undang Eksport”) dan bahawa anda akan mematuhi Undang-Undang Eksport. Anda tidak akan membekal, memindah, mengeksport, atau mengeksport semula Perkhidmatan yang melanggar mana-mana Undang-Undang Eksport yang berkenaan. Di samping itu, anda bertanggungjawab untuk mematuhi mana-mana undang-undang berkenaan yang mungkin menyekat urusan mengimport, mengeksport, atau menggunakan Perkhidmatan, perisian atau bahan. Semua hak untuk menggunakan Perkhidmatan adalah dibenarkan dengan syarat hak sedemikian dilucuthakkan sekiranya anda gagal mematuhi terma Kontrak ini. Jika Promethean mempunyai pengetahuan atau sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa pelanggaran telah berlaku, Promethean mungkin dilarang daripada menyediakan penyelenggaraan dan sokongan bagi Perkhidmatan dan atau Promethean boleh menamatkan penggunaan Perkhidmatan anda.

  1. KEBOLEHASINGAN

Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini didapati tidak boleh dikuat kuasa atau tidak sah, peruntukan tersebut akan terhad atau disingkirkan, hingga takat minimum yang perlu, supaya Terma Perkhidmatan ini akan sebaliknya kekal berkuat kuasa sepenuhnya dan boleh dikuat kuasa.

  1. PENEPIAN

19.1      Kegagalan sama ada anda atau kami untuk melaksana, dalam apa jua cara, sebarang hak di dalam ini tidak boleh dianggap sebagai penepian sebarang hak selanjutnya di bawah ini dan tidak akan melepaskan anda daripada pematuhan dengan kewajipan sedemikian.

19.2      Penepian oleh kami terhadap apa-apa keingkaran tidak akan membentuk penepian terhadap mana-mana keingkaran berikutnya.

19.3      Tiada penepian oleh kami terhadap mana-mana terma dan syarat ini boleh berkuat kuasa melainkan ia dinyatakan secara jelas sebagai penepian dan dimaklumkan kepada anda secara bertulis selaras dengan perenggan 14 di atas.

  1. KESELURUHAN PERJANJIAN

20.1      Kami bersetuju bahawa terma Kontrak ini ialah pernyataan yang lengkap dan eksklusif mengenai persefahaman antara anda dan Promethean, dan bahawa ia mengganti dan membatalkan semua perjanjian bertulis dan lisan, komunikasi dan pemahaman lain yang terdahulu berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan ini dan bahawa semua pengubahsuaian kepada terma Kontrak ini hendaklah secara bertulis yang ditandatangan oleh kedua-dua belah pihak (kecuali seperti yang sebaliknya disediakan di dalam ini).

20.2      Kita masing-masing mengakui bahawa kita tidak bergantung pada mana-mana perwakilan, daya usaha atau janji yang diberikan oleh pihak lain ataupun membayangkan daripada apa-apa yang dinyatakan atau ditulis dalam rundingan antara kita melainkan seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam terma ini.

  1. PERUBAHAN

21.1      Perkhidmatan yang dibekalkan berubah dengan kerap bagi memenuhi keperluan dan kemahuan anda.  Oleh yang demikian, kami mungkin mengubah Terma Perkhidmatan ini dari semasa ke semasa.  Apabila terdapat perubahan penting kepada Terma Perkhidmatan ini, anda akan dimaklumkan terhadap perubahan sedemikian bila anda mendaftar masuk ke ClassFlow pada masa akan datang.  Jika anda memilih untuk tidak menerima perubahan, anda tidak akan dapat untuk terus menggunakan ClassFlow.

21.2      Jika anda Pengguna Perusahaan dengan langganan ke Perkhidmatan ClassFlow bagi Sekolah, anda akan tertakluk kepada dasar serta terma dan syarat yang berkuat kuasa pada waktu anda mendaftar dengan Perkhidmatan kami, melainkan sebarang perubahan kepada dasar tersebut atau terma ini dikehendaki dilakukan oleh undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan atau kami memaklumkan sekolah atau daerah anda secara bertulis mengenai perubahan kepada dasar tersebut atau terma dan syarat ini.

  1. UNDANG-UNDANG YANG MENTADBIR

Melainkan tertakluk kepada terma khusus dalam perjanjian kami dengan sekolah, sekiranya anda Pengguna yang menetap di Amerika Syarikat (dan wilayahnya), Kanada, atau Caribbean, Terma Perkhidmatan ini ditadbir oleh undang-undang Negeri Georgia, A.S. Sebarang pertikaian atau perbezaan yang timbul daripada Terma Perkhidmatan ini akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah negeri Fulton County, Georgia A.S.  Melainkan tertakluk kepada terma khusus dalam perjanjian kami dengan sekolah, sekiranya anda Pengguna yang menetap di mana-mana tempat lain di dunia, Terma Perkhidmatan ini ditadbir oleh undang-undang England dan Wales. Sebarang pertikaian atau perbezaan yang timbul daripada terma dan syarat ini akan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah England.

  1. PENGGUNA DI AUSTRALIA SAHAJA

23.1      Di Australia, sehingga takat anda memperoleh barangan atau perkhidmatan daripada kami sebagai pengguna di dalam maksud Undang-Undang Pengguna Australia, anda mungkin mempunyai hak dan remedi tertentu (termasuk, tanpa had, hak jaminan pengguna) yang tidak boleh dikecualikan, disekat atau diubah oleh perjanjian.  Tiada apa-apa dalam terma dan syarat ini (termasuk, tanpa had, dalam klausa 11) beroperasi untuk mengecuali, menyekat atau mengubah penggunaan apa-apa syarat atau waranti yang tersirat, peruntukan, pelaksanaan sebarang hak atau remedi, atau pengenaan apa-apa liabiliti di bawah Undang-Undang Pengguna Australia atau atau mana-mana undang-undang lain apabila berbuat demikian boleh melanggar undang-undang tersebut atau menyebabkan mana-mana terma dalam perjanjian ini menjadi tidak sah (“Kewajipan yang Tidak boleh Dikecualikan”).

23.2      Berhubung dengan Kewajipan yang Tidak boleh Dikecualikan (selain daripada jaminan mengenai hak milik, bebanan atau milikan aman yang diberikan oleh Undang-Undang Pengguna Australia), melainkan untuk barangan atau perkhidmatan bagi jenis yang pada lazimnya diperoleh untuk kegunaan peribadi, domestik atau isi rumah atau penggunaan (dalam hal di mana liabiliti kami tidak begitu terhad di bawah Seksyen 23.2), liabiliti kami terhadap anda atas kegagalan untuk mematuhi mana-mana Kewajipan yang Tidak boleh Dikecualikan adalah terhad (mengikut pilihan kami) untuk: (a) dalam kes barangan, kos membekalkan perkhidmatan semula atau bayaran kos perkhidmatan dibekalkan semula; dan (b) dalam kes barangan, kos menggantikan barangan, membekalkan barangan setara atau membaik pulih barangan, atau bayaran kos menggantikan barangan, membekalkan barangan setara atau membaik pulih barang.

©2017 Promethean Limited. Semua Hak Cipta Terpelihara.